TAHUN 2

CONTOH-CONTOH SOALAN SETIAP KURSUS SEJARAH DALAM SEMESTER 1

CONTOH SOALAN SEJARAH KOLONISASI PASIFIK 
1.Kejayaan dan kegagalan koloni masyarakat polinesia di Kepulauan French Polinesia


2.Kebudayaan awal kaum Maori di New Zealand.


3.Teori asal usul kaum aboriginal di Australia


4.Terra Australis: Antara mitos dan penemuan


CONTOH SOALAN SEJARAH EROPAH SEBELUM PERANG DUNIA II
1. Bincangkan peranan Franco dalam Perang Saudara Sepanyol


2.Bincangkan peranan Bismarck dalam mencetuskan Perang Dunia Pertama.


3.Sejauh manakah kejayaan Liga-Liga Bangsa dalam menjamin keamanan di Eropah.


4.Nilaikan peranan Stalin membawa kepada kemunculan Rusia sebagai kuasa dunia.


CONTOH SOALAN TANAH MELAYU DALAM ZAMAN PENJAJAHAN
1.Sejauh manakah pentingnya perjanjian Inggeris-Belanda (1824) dalam sejarah Malaysia?


2.Menurut Khoo Kay Kim: "penghujung abad ke-19penglibatan ekonomi syarikat-syarikat Negeri-negeri selat dan perdagang perseorangan di negeri-negeri Melayu mendesak kerajaan British campur tangan demi untuk melindungi kepentingan perdagangan". (Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat, 1850-1873, 1984, hlm 115) Sejauh manakah pendapat tersebut?


3.Perjanjian dan hubungan Belanda-Johor pada kurun ke-17 telah banyak memberikan keuntungan kepada kegemilangan kesultanan Johor. Sejauh manakah anda bersetuju? Bincangkan pernyataan ini.


4.Bincangkan kekuatan kuasa Portugis di Melaka dari aspek ketenteraan dan perdagangan sehingga berjaya menakluki Melaka pada tahun 1511 dan memerintah sehingga tahun 1641?

CONTOH SOALAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI AMERIKA
1. "The discoveries of Columbus opened to Spain the opportunity to found a great colonial empire in the new world." [H.E. Bolton & T.M. Marshall, 1920, The Colonization of North America, hlm. 35]
Perihalkan sejarah penjajahan Sepanyol ke atas Benua Amerika Utara sebelum tahun 1609.

2. "In 1598 the Marguis de la Roche received a grant from the King to colonize New France,…" (Rossiter Johnson, 1882, A History of the French War, hlm. 18]
Perihalkan sejarah penjajahan Perancis ke atas Benua Amerika Utara sebelum tahun 1700.

3. "On the conquest of the New Netherland by the English, in 1664, the Dutch and Swedish settlements of Delaware came under the authority of the Duke of York." [H.H. Brownell, 1862, The English in America, hlm. 175]
Perihalkan penjajahan kuasa Barat ke atas koloni Delaware dari tahun 1631 hingga 1664.

4. "The history of Colonial Massachusetts is even more closely connected with the history of contemporary England than is that of Colonial Virginia or New York. For it is only by a study of the religious and political condition in England that is becomes possible to understand what induced men and women to leave comfortable homes in order to face life in an unexplored wilderness with an untried climate." [M.S. Philips, 1916, Colonial Massachusetts, hlm. 5]
Berasaskan pernyataan dan karja tersebut, perihalkan sejarah penubuhan koloni Massachusetts sehingga tahun 1691.

CONTOH SOALAN SEJARAH ASIA TENGGARA: PRA KOLONIAL

1) Jelaskan mengapa Asia Tenggara telah mengalami pergerakan penduduk ke Selatan, dan nyatakan etnik-etnik utama yang terlibat dalam pergerakan ini.

2) Huraikan proses indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara dua ribu tahun yang lalu, dan apakah kesannya ke atas penduduk tempatan?

3) Bincangkan konsep “dewaraja”, “cakravartin” dan “mandala” dalam sejarah awal Asia Tenggara.

4) Bincangkan faktor-faktor yang membolehkan kerajaan Srivijaya menjadi kuasa maritim (Thalassocracy) yang kuat? Mengapakah kerajaan ini tidak bertahan lama?