TAHUN 1

CONTOH SOALAN PENGANTAR ILMU SEJARAH


1. "Lantas secara umumnya memang diketahui bahawa kajian sejarah biasanya bermula dengan persoalan atau pertanyaan dan di akhir dengan jawapan yang sejajar dengan persoalan itu."(Muhd. Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah, hlm. 2).
Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan secara kritis tentang pertanyaan yang merupakan asas persoalan sejarah.

2. "An inquiry into the nature of historical thinking is among the tasks which philosophy may legitimately undertake…" (R. G. Collingwood, 1946, The Idea of History, Epilegomena: 2: The Historical Imagination, http://www.brocku.ca/MeadProject/Collingwood/1946_2.html)
Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan secara kritis maksud falsafah sejarah.

3. "Dengan itu masa lalu merupakan sumber abstrak dan juga nyata bagi manusia untuk menjalani kehidupan yang bererti lagi berkeyakinan" (Muhd. Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah, hlm. 31).
Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan secara kritis kepentingan sejarah kepada rakyat Malaysia.

4. "Dalam keadaan tertentu, banyak peristiwa sejarah tidak meninggalkan keterangan tertulis. Kalaupun ada keterangan tertulis itu tidak dilaporkan dengan jelas." (Nadzan Haron, 1996, "Keterangan Lisan Sebagai Sumber Sejarah", dalam Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan, hlm. 151).
Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan secara kritis kepentingan sumber lisan kepada pensejarahan Malaysia.

CONTOH SOALAN SEJARAH SABAH DAN SARAWAK 1841-1963

1. ’’Pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran BNBCC (British North Borneo (Chartered) Company )memperlihatkan
ciri-ciri ekonomi kapitalis. Pengeluaran komoditi adalah untuk tujuan pasaran yang diuruskan oleh golongan pemodal dalam bentuk syarikat sama ada di peringkat pengeluaran atau pasaran. Dalam perkembangan ekonomi kapitalis ini, BNBCC memainkan peranan dalam merangsang dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi melalui penyediaan peluang, pendaftaran hak milik tanah, dan melindungi harta milik persendirian.’’ (Mohd Raduan Ariff, 1995). Berpandukan petikan di atas, bincangkan perkembangan ekonomi Borneo Utara pada zaman pentadbiran Syarikat (Berpiagam ) Borneo Utara British.

2. Bandingkan struktur pentadbiran Regim Brooke di Sarawak dengan pentadbiran syarikat berpiagam Borneo Utara British di Sabah.

3. Bandingkan keadaan masyarakat Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.

4. Adakah anda bersetuju dengan pendapat yang mengatakan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak pada zaman penjajahan British 1946-1963 adalah lembab dan tidak memberansangkan? Bahaskan. 

CONTOH SOALAN ARKEOLOGI