Sunday, 18 December 2011

saat kemuncak....

pembentangan laman web hari nie..heheh..good luck!! :)

Quotation

Civilization is a movement and not a condition, a voyage and not a harbor.
Arnold J. Toynbee

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK 1841-1963

TAJUK: SEJAUHMANAKAH DASAR BRITISH DI PERAIRAN BORNEO DITENTUKAN OLEH PERHITUNGAN YANG BERSABIT DENGAN SOAL IMBANGAN KUASA DI EROPAH DAN PERSAINGAN KUASA DI ASIA TENGGARA PADA ABAD KE-19.

1.0.            Pengenalan
Secara umumnya, penjajahan merupakan kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayah dengan menguasai dan menjelajah negara-negara lain sama ada dari aspek ekonomi, politik mahupun sosial. Dalam konteks ‘imperialisme’, penjajahan merupakan satu bentuk penguasaan negara-negara yang kuat terhadap negara-negara yang lemah. Tujuan utamanya adalah untuk mengeksploitasi sumber-sumber yang ada di negara tersebut demi kepentingan untuk mengukuhkan kuasa negara mereka.[1] Dasar perdagangan yang dilakukan oleh penjajah Eropah ini bukan sahaja di Asia Tenggara malahan Sepanyol, Belanda, Perancis dan British telah menjajah Benua Asia untuk memonopoli perdagangan. Kesemua kuasa di Eropah sedar akan kebaikan untuk menguasai tanah jajahan supaya kepentingan ekonomi mereka terjamin. Ekoran daripada persaingan imperialisme oleh kuasa-kuasa Eropah tersebut, perebutan wilayah kekuasaan untuk mendapatkan pengaruh sama juga seperti yang berlaku di Borneo.

2.0 Dasar British di Borneo bersabit imbangan kuasa di Eropah
2.1 Borneo Utara
Sejak pada abad ke-16 lagi Borneo Utara terletak di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei. Walaubagaimanapun, pada masa tersebut Brunei kerap mengalami kekacauan dalam negeri. Kebiaasaanya, kekacauan adalah disebabkan oleh masalah perebutan takhta sesama mereka sendiri. Pertikaian sering berlaku yang akhirnya membawa kepada sebahagian besar jajahan di Borneo Utara iaitu wilayah dari Kimanis ke Balik Papan di selatan Sungai Sibuku diserahkan kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1704.
 Bagi mengelakkan berlakunya pertikaian tersebut, kerjasama Brunei-Sulu diadakan yang akhirnya membawa kepada penyerahan Brunei. Penyerahan dibuat adalah sebagai membalas jasa Sultan Sulu yang membantu Sultan Brunei dalam satu peperangan yang berlaku di Pulau Cermin. Sejak dari tarikh tersebut, Borneo Utara telah dikuasai oleh dua kesultanan.
 Pada ketika itu, persaingan imperialisme yang sengit oleh kuasa-kuasa barat juga turut berlaku. Hal ini berikutan untuk merebut wilayah kekuasaan bagi mendapatkan pengaruh yang lebih kuat di perairan borneo terutamanya di Borneo Utara yang mana masih banyak kawasan-kawasan yang belum diterokai oleh kuasa barat yang lain.
 Seawal tahun 1760 lagi, Syarikat Hindia Timur Inggeris atau English East India Company(EEIC) telah berusaha untuk menubuhkan petempatan di bahagian utara demi kepentingan mereka terhadap perdagangan British dan sekali gus membuka jalinan perdagangan dengan China. Dalam hal ini, individu yang bertanggungjawab membina petempatan tersebut ialah Alexander Dalrymple selepas beliau mendapat restu daripada Sultan Sulu pada tahun 1761.[2] Namun, beliau telah gagal memperoleh sokongan oleh kerajaan British iaitu untuk membina petempatan di Pulau Balambangan. Hal ini telah menyebabkan beliau telah meninggalkan perkhidmatannya dalam syarikat EEIC.
Walaubagaimanapun, pembinaan petempatan hanya berjaya apabila ditadbir oleh John Herbert.[3] Dalam hal ini Kolonial British tersebut juga tidak dapat bertahan lama kerana beliau telah gagal memenangi hati orang Taosug malahan beliau juga telah menyinggung perasaan seorang pembesar dan saudagar yang dikenali sebagai Datu Tating. Akibatnya Datu Tating dan pengikutnya seramai seratus orang kemudiannya menyerang dan memusnahkan petempatan ini. Herbert dan orang-orangnya terpaksa melarikan diri ke Labuan. Pada tahun 1803, British sekali lagi mendirikan  petempatan di Balambangan tetapi gagal.[4]
Setelah banyak kali gagal untuk mendirikan petempatan, British tidak lagi berminat di kawasan Borneo Utara sehinggalah Dent Bersaudara berjaya mendapatkan pajakan daripada Kesultanan Brunei dan Sulu iaitu pada tahun 1877 dan 1878. Sementara itu, pada abad ke-19 juga iaitu antara tahun 1845 dan 1865, orang Amerika juga turut tidak mahu ketinggalan dalam persaingan untuk mendapatkan konsesi atau pajakan di Borneo Utara. Kehadiran Amerika Syarikat sekurang-kurangnya dapat mengimbangi kerakusan Rejim Brooke. Kebetulan pada ketika itu sultan dan pembesar amat kecewa dengan sikap British yang begitu agresif menguasai jajahan Brunei sehingga hampir menakluk keseluruhan negeri tersebut.
    Claude Lee Moses iaitu Konsul Amerika Syarikat di Borneo telah menggunakan kesempatan untuk meyakinkan Sultan dan Pangeran Temenggung supaya memajakkan kepadanya sebahagian besar Borneo Utara. Beliau telah mendapat pajakan selama 10 tahun menerusi dua dokumen yang ditandatangani dengan Sultan Abdul Mumin dan Pengeran Temenggung. Beliau sebenarnya tidak berminat untuk membuka kawasan pajakan tersebut, akan tetapi tujuannya adalah bagi mengaut keuntungan hasil penjualan pajakan itu nanti. Perjanjian 1865 menjadi asas kepada penaklukan barat di Borneo Utara apabila Moses menjual hak pajakan kepada dua orang saudagar Amerika di Hong Kong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.
Torrey kemudiannya menubuhkan American Trading Company bagi membangunkan jajahan yang dipajak tersebut.[5] Torrey telah membuka petempatan di Kimanis yang dinamakan Ellena pada Disember 1865. Disebabkan faktor kekurangan modal dan kematian rakan kongsinya, Torrey telah menjual konsesinya kepada wakil Austria-Hungry di Hong Kong iaitu Baron Von Overbeck pada Januari 1877. Walaubagaimanapun, kegagalan Overbeck mendapatkan sokongan Austria telah memaksa beliau untuk meminta bantuan kewangan daripada firma Dent Bersaudara. Pada mac 1877, Overbeck dan Alfred Dent telah menubuhkan persatuan Overbeck- Dent.
          Pada Mac 1877 juga Overbeck telah memperbaharui hak pajakan selama 10 tahun daripada Pengeran Temenggung dengan bayaran yang telah ditetapkan. Walaubagaimanpun, Sultan Sulu enggan berbuat demikian atas nasihat konsul besar British di Borneo yang meminta supaya firma  Dent-Overbeck ini memasukkan dua fasal yang berkaitan tanah jajahan yang dilarang tukar milik tanpa kebenaran kerajaan British namun ianya tidak diendahkan. Selain menandatangani perjanjian dengan Sultan Brunei, Overbeck juga telah mendapatkan konsesi di wilayah-wilayah bebas yang lain.
Menyedari sebahagian Borneo Utara adalah milik Sultan Sulu, Overbeck telah bertindak dengan menandatangani perjajian dengan Sultan Sulu pada Jun 1878. Pada masa yang sama, Dent berikhtiar untuk mendapatkan Piagam DiRaja bagi meninggikan imej di samping menjamin kekukuhan serta kewibawaan syarikat dalam mentadbir jajahan yang luas. Di pihak Overbeck, campur tangan Treacher telah membataskan pemindahan hak milik dan kekurangan modal untuk teruskan cita-citanya. Disebabkan itu, Overbeck telah menjual segala hak konsesi yang diperolehinya kepada Dent pada September 1880. Setelah konsesi-konsesi diperoleh Dent dengan rakan kongsinya yang lain seperti Sir Rutherford Alcock dan W.H.M. Read telah menubuhkan The British North  Borneo Provisional Association sebagai persatuan sementara.
   Pada awalnya kerajaan British keberatan untuk memberi piagam, akan tetapi disebabkan kebimbangan kuasa-kuasa barat yang lain akan menguasai Borneo Utara seperti Jerman, Sepanyol dan Belanda, kerajaan British telah bersetuju memberi piagam tersebut kepada syarikat dengan syarat-syarat yang tertentu. Tujuan utama pihak british mengurniakan piagam tersebut adalah untuk memastikan keselamatan pertahanan dan kepentingan British di rantau ini terus terjamin. Pada 1 November 1881, Syarikat Borneo dikurniakan Piagam Diraja, kemudian lahirlah British North Borneo Charted Company (BNBCC). BNBCC telah memerintah Borneo Utara sehingga 1941.

2.2 SARAWAK
          Secara ringkasnya dapat dihuraikan bahawa kegiatan Barat di rantau ini (perairan Borneo) pada abad ke-17 dan abad ke-19 telah memusnahkan sedikit demi sedikit unit-unit politik Melayu di Asia Tenggara. Pada ketika itu, Kesultanan Melayu yang masih wujud ialah Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.Tetapi kedu-dua kesultanan ini amat lemah. Keadaan ini bertambah buruk dengan kehadiran orang Belanda dan Inggeris. Kedua-dua bangsa ini sering bersaing antara satu sama dengan yang lain. Di samping menjalankan dasar penjajahan, orang Belanda juga menjalankan dasar monopoli perdagangan di rantau ini.[6]
          Dasar ini banyak memusnahkan sistem perdagangan tempatan. Penguasaan barat terhadap sistem politik, sosial dan ekonomi negeri mengakibatkan banyak pembesar negeri yang berkecimpung dalam kegiatan ’pelanunan’ dan perdagangan hamba abdi untuk menebus kembali kehilangan mata pencarian mereka. Sebenarnya isu ’pelanunan’ bukanlah soal baru di Alam Melayu  seperti juga di Eropah. Sebelum itu soal pelanunan tidak begitu jelas  dan meluas. Pembesar mempunyai tanggungjawab politik dan ekonomi masing-masing, kerana ketika itu ada kuasa kuat yang dapat mengawal mereka seperti Kesultanan Melaka dan Kesultanan Brunei. Kejatuhan empayar tersebut telah memberi kesempatan untuk kegiatan ini diluaskan. Hal ini menyebabkan Kesultanan Brunei sedikit demi sedikit telah kehilangan kuasa politiknya  di samping keruntuhan ekonomi tradisional. Segala peristiwa itu, dapat dihubungkan dengan kehilangan kuasa politik dan ekonomi pembesar dan saudagar Brunei, terutamanya saudagar keturunan Arab yang selalunya lebih berpengaruh di sungai-sungai seperti sungai Skrang dan sungai Saribas.[7]
Sementara itu di jajahan Sarawak, kekacauan berlaku kerana orang tempatan menentang Gabenor Brunei, Pangeran Makota. Raja Muda Hashim, bapa saudara sultan telah dihantar ke Sarawak bagi mententeramkan keadaan. Walaubagaimanapun, kekacauan terus berlaku dan dalam keadaan yang huru hara ini lah James Brooke tiba  untuk menghantar surat penyataan terima kasih dan hadiah kepada Pangeran Muda Hashim daripada gabenor Negeri-Negeri Selat, Bonhaman kerana jasa Pangeran Muda Hashim yang membantu anak-anak kapal Inggeris yang karam. Kedatangan Brooke bertujuan untuk mendapatkan tempat yang mempunyai kemungkinan ekonomi yang baik dan kebetulan semasa di Singapura Brooke mendapat tahu kekayaan antimoni di Sarawak.
Kedatangan James Brooke bukanlah semata-mata untuk berniaga maka sudah tentu beliau akan membantu Raja Muda Hashim untuk mewujudkan keamanan di Sarawak. Namun ternyata Brooke hanya sedia membantu selepas beliau ditawarkan Sarawak. Setelah mendapat Sarawak, Brooke mencari jalan untuk mengusir Raja Muda Hashim dari Sarawak kerana beliau khuatir kehadiran Raja Muda Hashim  akan mencabar kedudukan politiknya. Kelewatan Raja Muda Hashim mengiktiraf James Brooke telah menyebabkan beliau mengancam Raja Muda Hashim.[8] Pada 21 Disember 1845, Raja Muda Hashim dan saudara-maranya telah dibunuh oleh orang yang anti-inggeris yang diketuai oleh Pengiran Usop. Kematian Raja Muda Hashim telah membawa kepada penjelajahan Brooke ke Brunei. Pemergiannya kali ini untuk menetukan kedudukan politiknya di Sarawak. Brooke menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengiktirafannya sepenuhnya Sarawak tanpa bayaran tahunan, disamping menjalankan kempen bagi menarik minat British supaya mengambil Pulau Labuan  daripada Brunei pada tahun 1846. Dengan adanya British di Labuan, Brooke berasa kedudukannya terjamin.
Brooke bagi mencapai maksudnya, untuk memiliki pulau Labuan dan menguasai perdagangan pantai Barat Borneo, beliau telah mendesak sultan Brunei agar menyerahkan Pulau Labuan kepada kerajaan British selepas itu apabila Kapten G.Rodney Mundy telah pergi ke Brunei pada 15 Disember 1846 dan memaksa Sultan Omar Saifuddien II menandatangani perjanjian penyerahan Labuan pada 24 Disember 1846 kepada kerajaan british.
Kejayaan pertama dan kedua kelihatan belum memuaskan hati James Brooke untuk menguasai keseluruhan sumber-sumber ekonomi di Pantai Barat Borneo. Keraguan beliau ini jelas terbayang apabila dua kuasa besar iaitu Amerika dan Belanda yang memang menaruh minat terhadap pulau ini. Kenyataan ini dibuktikan apabila pihak Belanda sendiri sedang aktif membuat petempatan  baru di Selatan Pulau Borneo, hal ini menyebabkan James Brooke bertambah cemas.
Bagi menghalang kegiatan Belanda itu, James Brooke telah memberi amaran terhadap Pejabat Tanah Jajahan Luar Negeri London dengan membayangkan bahaya kegiatan Belanda ini yang dikhuatiri akan menembusi  hingga ke pantai barat Borneo. Sikap belanda ini di anggap Brooke melanggar perjanjian 1824.[9]
Walaubagaimanapun, Belanda tetap juga berdegil dengan keputusan mereka dengan alasan bahawa”..the ports of the native state with whom she had treaties were no longer native ports but Dutch ports and subject to the terms of the 1842 treaty”.[10] Walaubagaimanapun  alasan belanda, pihak British terutama James Brooke tetap kurang senang dengan kegiatan Belanda yang boleh menggugat polisi British selama ini.
Keraguan pihak British bukan sahaja kepada pihak Belanda malahan juga pihak Sepanyol sendiri yang telah pun menuntut Kepulauan Sulu daripada Sultan Sulu bagi menentukan batas-batas politik keatas Sulu.
Kecurigaan brooke lebih memuncak lagi apabila ada laporan bahawa orang Amerika, G. Tradescant Lay yang telah menemui  galian arang batu di Pulau Cermin, sebuah pulau yang letaknya di Kuala Sungai  Brunei pada tahun 1837. Sementara itu, antara tahun 1845 hingga tahun1865 pula terdapat kegiatan orang Amerika di perairan Borneo. Seperti orang barat yang lain mereka tidak mahu ketinggalan untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara dan seterusnya menandatangani  perjanjian perdagangan  dengan pihak kuasa tempatan  bagi merebut punca ekonomi.
Daripada Sarawak Proper, iaitu bahagian Kuching Sarawak sekarang, beliau telah menyerang Brunei. Serangan dibuat dengan alasan ’pelanunan’ dan untuk melindungi perniagaan British. Hasilnya beliau telah mendapat kawasan Mukah, Bintulu, Oya dan Tatau antara tahun 1856 hingga 1861. Dasar perluasan seterusnya dilaksanakan oleh penggantinya, iaitu Charles Brooke. Manakala Baram dan Trusan pada tahun 1883 dan tahun 1885 sehingga penaklukan Limbang  yang terletak di utara bandar Brunei secara paksa  pada bulan mac 1890. Disnati Brooke  yang berkuasa di sarawak bercita-cita mengambil alih kuasa Sultan Brunei di Daerah  Tutong dan Belait dengan alasan  Sultan Brunei tidak dapat mentadbir dan mengamankan kedua-dua daerah tersebut. Tetapi tidak mempengaruhi British  supaya menyokong dasar perluasan empayarnya. Ini menyebabkan Rajah Brooke menghantar orang Kayan  dari Baram untuk menyerang Belait pada tahun 1883, tetapi gagal.[11] Kedudukan Brunei kini semakin lemah dan terhimpit. Di timur laut jajahanya dikuasai oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, manakala di barat daya, ditakluki rejim Brooke.

3.0 Persaingan di Asia Tenggara
          Sejak berabad lamanya, kegiatan penjelajahan kuasa-kuasa barat telah bermula berasaskan matlamat Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (kemegahan). Kuasa Portugal dan Sepanyol merupakan 2 kuasa terulung yang mendahului  kuasa-kuasa Eropah lain dalam usaha untuk meluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara. Sepanjang abad ke-19, kegiatan imperialisme iaitu perlumbaan dalam kalangan kuasa-kuasa besarbarat untuk meluaskan pengaruh di Asia berlaku ternyata dipengaruhi oleh perkembangan-perkembangan semasa khususnya yang berkaitan dengan faktor ekonomi.
          Tujuan utama mereka ke timur adalah berkait rapat dengan kepentingan ekonomi khususnya yang berkaitan dengan faktor ekonomi khususnya perdagangan di asia tenggara setelah tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah telah mempengaruhi kuasa-kuasa barat menguasai negara-negara yang kaya dengan bahan mentah untuk keperluan kilang-kilang mereka. Bahan mentah yang sering kali manjadi rebutan oleh kuasa-kuasa barat tersebut termasuklah biji timah, getah, kelapa sawit, sutera, kain kapas dan lain-lain. Sebagai contoh, bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan, getah untuk industri automobil dan kapas untuk industri tekstil.
          Di samping itu, mereka juga bertujuan mencari tanah jajahan baru untuk meluaskan pasaran bagi barangan siap yang dihasilkan oleh industri mereka. Justeru itu, tumpuan diberi keatas negara yang bukan sahaja memiliki hasil bumi yang banyak malahan turut juga mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Oleh kerana hal yang berikut, mereka sering bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan agar tidak terlepas peluang kepada kuasa-kuasa barat yang lain.
          Selain itu, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia Tenggara antaranya ialah perluasan kuasa Inggeris di Myanmar. Myanmar sememangnya mempunyai kepentingan yang tersendiri bagi pihak British. Hal ini kerana Myanmar kaya dengan bahan mentah seperti kayu jati, galian batu permata, minyak dan tanah pertanian yang subur disamping terletak di laluan perdagangan penting ke negara China. Dalam perluasan kuasa tersebut, telah berlaku tiga siri peperangan  iaitu Perang Inggeris-Burma 1, Perang Inggeris-Burma 11 dan Perang Inggeris-Burma 111 dan akhirnya telah menyebabkan Burma jatuh ke tangan Inggeris.
          Perluasan dan pengukuhan kuasa juga turut berlaku di Indonesia oleh kuasa Belanda. Hal ini adalah kerana bagi mengukuhkan pengaruh di Jawa yang merupakan kawasan pertanian yang produktif yang mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada Belanda sementara Pantai Timur Sumatra dan Kalimantan pula kaya dengan sumber petroleum. Kuasa Sepanyol juga turut meluaskan pengaruhnya di Filipina. Hal ini berikutan kerana Sepanyol perlu lebih banyak tebu ekoran terciptanya mesin tebu untuk penghasilan gula.
          Faktor-faktor lain yang menyebabkan berlaku perluasan kuasa di Asia Tenggara ialah faktor kemajuan sains dan teknologi seperti kejayaan menghasilkan penggunaan kapal berwap. Kapal-kapal berwap ini membolehkan perjalanan laut lebih selamat dan cepat di samping memendekkan perjalanan. Penggunaan kapal-kapal perang dengan senjata moden turut membantu dalam membolot perdagangan. Selain itu, pembukaan Terusan Suez pada 1869 juga boleh memendekkan jalan dari eropah ke asia. Penciptaan telegraf juga telah memepercepatkan urusan perniagaan serta meningkatkan perdagangan seterusnya memesatkan imperialisme barat.
          Selain itu, kuasa barat juga beranggapan mereka perlu memperadatkan dan mentamadunkan orang asia setanding dengan peradaban barat yang dianggap lebih baik dan unggul. Orang-orang barat juga berazam untuk membalas dendam terhadap orang-orang islam kerana kekalahan mereka dalam perang salib. Mereka berusaha menghapuskan kekuasaan dan kejayaan islam di Asia Tenggara. Buktinya, kejayaan mereka terserlah apabila kuasa Sepanyol telah berjaya mengkristiankan penduduk Filipina dan seterusnya tindakan Perancis menuntut kebebasan paderi kristian di Indo China. 

4.0 Kesimpulan
Kedatangan kuasa barat di perairan Borneo mahupun di Asia Tenggara  adalah dengan satu matlamat yang sama iaitu gospel, gold dan glory. Matlamat tersbebut diperjuangankan bagi meluaskan pengaruh mereka agar mereka dapat menjadi kuasa besar yang mengungguli kuasa-kuasa yang lain. Namun ianya secara tidak langsung telah meninggalkan banyak kesan terhadap perubahan di kawasan tanah jajahan yang mereka jajahi.

RUJUKAN
1. J.A. Hobson, 1938, Imperialism: A Study, First Edition. Copyright by Harper-Collins      
    Publisher Ltd.
2. Baszley Bee dan Bilcher Bala, 2004, Pulau Balambangan, DBP Cawangan Sabah.
3. G. Irwin, 1881, Nineteenth Century Borneo, Kuala Lumpur.
4. O. Rutter,1930. The Pirate Wind: Tales of the Sea robbers of Malaya. London :
    Hutchinson.
5. Emily Hahn, 1953. James Brooke of Sarawak. London: Arthur Barker.
6. R. Mundy, Narrative of Events in Borneo and Celebes, London.
7. G. Irwin, 1967, Nineteenth Century Borneo. Singapore.
8. Whelan. F.G., 1970, A History of  Sabah.
9. Bazsley. Bee, Sabihah Osman, Nordin Sakke, 2009, Asas kajian persempadanan
    Negeri Sabah. Siri penerbitan penyelidikan Sains Sosial no.6 (ums).


     
                                                                                


[1]  J.A. Hobson, 1938, Imperialism: A Study, First Edition. Copyright by Harper-Collins Publisher  Ltd.                                                                                                                                             
[2]  Whelan,  A History of  Sabah, 1970, hlm. 83
[3] Baszley Bee. Sabihah Osman. Nordin Sakke, Asas Kajian Persempadanan Negeri Sabah, 2009, hlm 19
[4]  Baszley Bee dan Bilcher Bala, 2004, Pulau Balambangan, DBP Cawangan Sabah, hlm.43.
[5] G. Irwin, 1881, Nineteenth Century Borneo, Kuala Lumpur, hlm.195.
[6]  O. Rutter, 1930, The Pirate Wind: Tales of the Sea robbers of Malaya, London : Hutchinson, hlm.36
[7]  Emily Hahn, 1953, James Brooke of Sarawak, London: Arthur Barker, hlm. 37-38
[8]  R. Mundy, Narrative of Events in Borneo and Celebes, dowm to the occupation of Labuan from the journals of Jame Brooke Esq.,Jil.I, London: John Murray, hlm. 52
[9]  Wright, op.cit.,hlm.46
[10]  Ibid., hlm 46
[11] Brown Brunei, hlm. 155; dan G. Irwin 1967. Nineteenth Century Borneo. Singapore: Donald Moore books, hlm. 191-194.  

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK 1841-1963

TAJUK: Institusi kesultanan dan perilaku pendukungnya turut memainkan peranan dalam memberi laluan kepada penembusan dan pertapakan penjajahan British (yang diwakili Regim Brooke dan The  British North Borneo Chartered Company di Borneo Utara) pada abad ke-19. Adakah anda bersetuju? Bincangkan.

Pada kurun ke-10 hingga kurun ke-13 Sarawak dikatakan telah berada di bawah kerajaan Srivijaya. Penguasaan kerajaan ini keatas wilayah pesisiran Sarawak telah menyebabkan orang Melayu dan Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong iaitu satu pelabuhan entrepot yang terpenting di Nusantara. Pada kurun ke-13 Sarawak telah dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah pada kurun ke-15 dan setelah itu berkahwin dengan anak perempuan Raja Jarom di Johor. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang mencul golongan bangsawan Melayu Sarawak yang digelar Abang. Golongan perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Akan tetapi pada awal abad ke-19 Sarawak terletak dibawah penguasaan Kesultanan Brunei. Catatan awal menunjukkan Kesultanan Brunei merupakan kerajaan yang kuat dan kaya meliputi kawasan Sarawak di barat hingga Manila di sebelah utara.[1] Tetapi tidak lama kemudian Kesultanan Brunei mengalami kemerosotan dan menjadi semakin lemah apabila kedatangan Barat seperti Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia dan beberapa saudagar British di Borneo dan Selat Melaka. Sebahagian jajahan di utara telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu. Setelah berlaku beberapa peristiwa di Sarawak maka berlaku campur tangan antara pihak Inggeris iaitu James Brooke, beberapa pentadbiran Sarawak telah diambil alih. Dinasti Brooke telah memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kegemilangan sebagai “Raja Putih” (“White Rajahs”), dan telah diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam empayar British. Brooke adalah seorang hartawan Inggeris dan juga seorang ahli pelayaran yang berpengalaman. Beliau telah belayar ke beberapa tempat di dunia untuk berniaga dan juga bertujuan untuk menjajah. Kedatangan Brooke ke Sarawak adalah secara kebetulan sahaja.[2]

          Pemerintahan di Sarawak pada mulanya adalah berasaskan sistem feudal yang meletakkan kekuasaan mutlak  pemerintahan kepada ketua yang bergelar sultan. Sultan berhak menentukan pemerintahan atas kehendaknya seperti perlantikan pembesar, pembangunan dan sebagainya. Sultan juga adalah ketua angkatan perang dan mengetuai adat istiadat serta ketua agama Islam. Kemudian susun lapis seterusnya ialah golongan pembesar yang terdiri daripada kerabat diraja itu sendiri serta pemimpin tempatan yang berkebolehan. Pembesar akan dilantik oleh sultan dan diberi kepercayaan untuk menjaga kawasan jajahan. Kawasan yang dijaga oleh pembesar ini lebih dikenali sebagai kawasan pegangan. Oleh itu, pembesar yang dilantik akan mewakili sultan di kawasan tersebut. Golongan pedagang yang berdagang adalah susun lapis ketiga. Pedagang yang menjalankan kegiatan perdagangan di kawasan perairan Borneo ini ada yang menetap dan berkahwin dengan orang tempatan
         
          Sebelum kedatangan Barat, negeri Sabah atau Borneo Utara sudah mempunyai sistem pemerintahan sendiri di bawah Kesultanan Brunei. Pada mulanya Sabah atau Borneo Utara di kuasai oleh dua pihak iaitu bahagian Barat oleh Kesultanan Brunei iaitu kawasan pantai antara Pandasan hingga Kimanis dan sebelah Timur di kuasai oleh Kesultanan Sulu iaitu kawasan pantai dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku. Kawasan tersebut diperoleh daripada Brunei sebagai hadiah kerana membantu dalam menyelesaikan masalah pertelingkahan takhta di negeri tersebut. Kawasan dari Pandasan  hingga ke Teluk Marudu ditadbir oleh para pembesar bebas yang dikenali sebagai ‘Syarif’ dan kawasan pedalaman ditadbir oleh dan dikuasai oleh kaum perbumi sendiri. Kawasan yang dibawah Kesultanan Brunei dan Sulu ditadbir mengikut pemerintahan kesultanan Melayu dan adat istiadat yang berasaskan agama Islam. Sejak abad ke-16, Sabah sudah dikenali oleh para pedagang sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi seperti batu arang, rotan, mutiara, emas, gambir dan sarang burung. Kekayaan hasil bumi telah menarik minat para pedagang dari Barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke negara China. Pertapakan British dimulai dengan dengan perjanjian perdagangan yang ditandatangani antara seorang pegawai British bernama Alexander Dalrymple dengan sultan Sulu iaitu Sultan Muizuidin pada tahun 1764. Pada tahun 1865, Amerika Syarikat telah membuat perjanjian dengan sultan Brunei, Sultan Abdul Mu’min dan meletakkan seorang konsulnya di Brunei iaitu Charles Le Moses.[3]

          Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan penembusan dan pertapakan penjajahan British pada abad ke-19. Perolehan Sarawak dilakukan melalui perjanjian dan desakan. James Brooke berminat untuk memajukan penduduk tempatan dan bukannya menindas mereka. Beliau begitu menyanjungi usaha Stanford Raffles ketika mentadbir Pulau Jawa. Pada akhir tahun 1838, James Brooke sekali lagi meninggalkan England ke Timur untuk membuat penyelidikan sains di Borneo Utara dan Sulawesi. Pada tahun 1839, James Brooke tiba di Singapura dan diminta oleh Gabenor George Bonham ke Kuching untuk menyampaikan terima kasih kepada Pangiran Muda Hashim yang membantu anak-anak kapal yang terkandas di pantai Sarawak.[4] Bonham juga meminta Pangeran Muda Hashim memulihkan semula perniagaan logam bijih-perak (antimoni) antara Sarawak dan Singapura.[5] Faktor yang menyebabkan penembusan British di Sarawak ialah ialah kesilapan Pangeran Muda Hashim membuat keputusan terburu-buru untuk membasmi pemberontakan. James Brooke mengambil kesempatan menjelajah pantai Pulau Borneo dan beliau kembali ke Singapura pada tahun 1840. Manakala pada masa itu Pangeran Muda Hashim telah memohon bantuan Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menghentikan huru-hara di Sarawak, tetapi permohonan beliau tidak dilayan. Brooke tertarik dengan perkembangan itu dan memutuskan untuk kembali ke Sarawak. Oleh itu Pangeran Muda Hashim telah meminta bantuan James Brooke untuk membantu beliau menghapuskan pemberontakan dengan menawarkan daerah Seniawan dan Kuching dan juga melantik Brooke sebagai pemerintah iaitu sebagai ‘Gabenor Sarawak’. Dengan diiringi oleh askar yang dilengkapi dengan dua buah meriam besar serta orang Eropah yang bersenjatakan senapang, Brooke bergabung dengan askar Brunei di bawah pimpinan Pangeran Muda Hashim akhirnya pemberontakan itu dapat di hapuskan juga pada Disember 1840. Setelah itu, Pangeran Muda Hashim melambat-lambatkan perlantikan tersebut kerana beliau tiada kuasa. Beliau juga sedar bahawa Sultan Brunei tentu tidak akan mengakui perjanjian tersebut. Oleh itu, Brooke telah membuat ugutan dan mengepung tempat kediaman Pangeran Muda Hashim.[6] Brooke menghalakan meriam-meriam dari kapalnya, Royalist dan membedil Kuching. Tindakan tersebut berjaya memaksa Pangeran Muda Hashim segera melantik Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada 2 September 1841.[7] Tindakan Pangeran Muda Hashim menawarkan jawatan Gabenor Sarawak kepada Brooke kerana terdesak untuk menghapuskan pemberontakan ini secara lansung memberi laluan masuk kepada British untuk bertapak di Sarawak.
         
          Faktor kedua pula ialah sultan melantik pembesar yang tidak disukai oleh rakyat menyebabkan pemberontakan seperti yang berlaku pada pemerintahan Sultan Omar Syaifuddin II yang melantik Pangeran Mahkota sebagai gabenor Sarawak. Pada mulanya, wakil-wakil Sultan Brunei memerintah dengan adil dan saksama yang tidak mendatangkan masalah kepada rakyat malah menyukainya. Keadaan aman ini mula bertukar apabila orang besar Brunei bernama Pangeran Mahkota dan beberapa orang besar lain datang memerintah. Pada masa itu ramai orang Melayu, Cina dan Bidayuh menetap di beberapa kawasan yang tidak jauh dari Bandar Kuching. Mereka mempunyai ketua sendiri. Ketua mereka bernama Datu Patinggi Ali. Datu Patinggi Ali berasal dari keluarga terkenal yang telah lama memerintah negeri Sarawak. Keluarga ini berasal dari Minangkabau dan juga dipercayai datang bersama-sama sekumpulan orang Melayu ke Sarawak. Datu Patinggi Ali tidak membantah tentang kedatangan orang besar Brunei. Tetapi Pangeran Mahkota tidak memerintah seperti pemerintah-pemerintah Brunei sebelumnya. Beliau memrintah secara zalim tanpa mengira perasaan setiap penduduk di situ, bagi Pangeran Mahkota beliau dan pegawai-pegawainya sahaja yang penting dan mesti dihormati. Penduduk mula memberontak dan pemberontakan ini dilakukan kerana harta, hasil tanaman dan hasil mata pencarian yang lain habis dirampas. Selain itu, penduduk juga dipaksa membuka lombong untuk mencari emas dan batu permata. Tetapi hasil lombongan tersebut dirampas oleh Pangeran Mahkota. Apabila Sultan Brunei mengetahui pemberontakan ini baginda telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak dengan harapan pemberontakan tersebut dapat diselesaikan. Malangnya, Pangeran Muda Hashim tidak boleh buat apa-apa kerana pengaruh Pangeran Mahkota yang kuat dan pengikut yang sangat taat kepadanya. Pangeran Mahkota terus bertindak kejam dan Pengeran Muda Hashim berasa amat kesal dan malu kerana gagal menunaikan tugas yang diamanahkan kepada beliau oleh Sultan Brunei. Oleh itu, beliau amat gembira dengan kedatangan James Brooke. Beliau berharap dapat meminta sedikit sebanyak atau nasihat daripada James Brooke.[8] Pemberontakan yang berlaku menyebabkan keadaan negeri menjadi kucar kacir dan menyebabkan penjajah mengambil kesempatan untuk meluaskan kekuasaan mereka di borneo dan juga berlaku di negeri-negeri lain. Tindakan sultan yang melantik pembesar yang zalim memberi kesan mendalam terhadap pemerintahan yang akhirnya rakyat memberontak melawan kezaliman.

          Terdapat juga faktor-faktor lain menyebabkan perolehan British terhadap sarawak. Antaranya ialah melalui perjanjian Sultan Brunei dan James Brooke. Tindakan Pangeran Muda Hashim melantik Brooke sebagai Gabenor Sarawak yang memberi laluan Brooke untuk memulakan langkah seterusnya mengambil beberapa kawasan di Sarawak menjadi miliknya. Setelah dilantik menjadi Gabenor Sarawak, Brooke mahu lebih daripada taraf itu kerana beliau masih berada di bawah kekuasaan Sultan Brunei. Brooke kemudiaanya menandatangani perjanjian dengan Sultan Brunei yang menyerahkan kekuasaan terhadap negeri Sarawak dan hasil cukai negeri kepada beliau malah juga kepada pewarisnya selama-lamanya.[9] Perjanjian itu ditandatangani oleh sultan Brunei atas alasan yang diberikan Brooke untuk menumpaskan lanun laut yang berluas-luasa. Brooke meyakinkan Sultan Brunei jika menyerahkan kekuasaan penuh kepadanya maka beliau mampu untuk menumpaskan kegiatan perlanunan yang berlaku. Sultan Brunei bersetuju dengan menerima bayaran dan segala hal ehwal agama serta adat resam kaum di Sarawak tidak boleh dicampuri oleh Brooke.[10] Brooke mula menggunakan gelaran raja dan bermulalah penguasaan dinasti Brooke di Sarawak yang memerintah kawasan seluas 3000 batu persegi. Sebagai balasan Sultan Brunei telah dibayar sebanyak $2500 setiap tahun dengan syarat negeri tidak boleh diberikan kepada orang lain melainkan persetujuaan sultan Brunei sendiri.           Penyerahan kekuasaan kepada Brooke tidak dibantah dan ditentang oleh sesiapa termasuklah orang besar-besar Sarawak kerana surat perlantikan adalah daripada Sultan Brunei sendiri. Semua rakyat juga patuh dengan arahan yang diberikan oelh Sultan Brunei itu kerana tidak berani untuk menyuarakan perasaan mereka.

          Selain itu, kegiatan lanun dan rompakan juga mendorong kepada perolehan kawasan-kawasan di Sarawak. Kegiatan perlanunan di perairan negeri Sarawak ini telah menyebabkan kemarahan Brooke. Lanun-lanun atau perompak-perompak laut ini bukan sahaja telah mengancam keselamatan rakyat negeri Sarawak malah mengganggu kegiatan perdagangan dan perniagaan yang dijalankan.[11] Hal ini menyebabkan peniaga-peniaga dan saudagar-saudagar merasa takut untuk datang berdagang ke negeri Sarawak dan sumber pendapatan negeri Sarawak melalui cukai yang dipungut dari saudagar-saudagar dan peniaga-peniaga juga merosot. Namum hakikat sebenarnya bukan semua perompak laut itu jahat dan mereka melakukan rompakan kerana keadaan terdesak. Sebahagian mereka terpaksa merompak apabila mereka kehilangan pekerjaan setelah dijajah. Hal ini adalah kerana mereka memerlukan wang untuk membeli makanan, pakaian serta keperluan lain untuk terus hidup dan juga menanggung anak isteri bagi mereka yang telah berumahtangga. Ramai antara mereka merompak kapal-kapal orang Barat hanya semata-mata untuk menbalas dendam. Sehubungan dengan itu, Brooke mengambil langkah meluaskan kawasan pegangannya bagi membenteras kegiatan perlanunan dengan meminta Sultan Brunei menyerahkan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada beliau. Setelah mendapat surat perlantikan, Brooke menghapuskan kegiatan perlanunan di sepanjang pantai Sarawak yang bermula dari Kuching hingga ke Marudu di sebelah timur laut. Sepanjang tahun 1840, Brooke memberi tumpuan memerangi kegiatan perlanunan dan pada tahun 1853 kegiatan lanun ini dapat dikawal sepenuhnya.[12]

          Penembusan penjajah British di Borneo Utara pula berbeza dengan Sarawak kerana Sarawak diperoleh kerana laluan yang telah diberikan oleh Pangeran Muda Hashim terhadap James Brooke. Melalui tindakan itu, Brooke mengambil alih kuasa pemerintahan melalui perjanjian. Borneo Utara pula diperoleh British melalui konsesi yang saling bertukar tangan antara pemodal-pemodal sehingga membentuk satu syarikat berpiagam yang dikenali sebagai  The  British North Borneo Chartered Company. Pada mulanya satu perjanjian perdagangan telah ditandatangani antara pegawai British iaitu Alexander Dalrymple dengan Sultan Sulu untuk membina pusat perdagangan  dan menjalankan kegiatan perniagaan di kawasan timur Kimanis kerana beliau melihat kawasan tersebut berpotensi untuk dimajukan.[13] Dalrymple juga dibenarkan untuk membuka kawasan perdagangan di Pulau Balambangan. Perjanjian tersebut telah membuka laluan British untuk bertapak di Borneo Utara. Namum kegagalan Dalrymple mendapat sokongan British membina petempatan di Pulau Balambangan menyebabkan beliau meninggalkan perkhidmatannya. Kapten John Herbert telah berjaya mendirikan petempatan pada tahun 1773 dan ditadbir sepenuhnya oleh beliau. Petempatan British ini tidak dapat bertahan lama kerana mendapat tentangan penduduk tempatan.[14]

          Seterusnya, kegiatan ekonomi di Borneo Utara dikendalikan pula oleh pihak perseorangan secara bersendirian. Pada tahun 1865, seorang konsul Amerika  Syarikat iaitu Claude Le Moses

RUJUKAN
1.    Harry Miller. 2007. The History Of Malaysia. Kuala Lumpur. S.A. Majeed & Co Sdn. Bhd.
2.    Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
3.    Md. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1063). Selangor: Utusan Publications Distributors. Sdn. Bhd.
4.    Ruslan Zainuddin. 2006. Sejarah Malaysia. Edisi Kedua. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
5.    Tom William. 2004. Three Whites Rajas The Renee Of Sarawak. Kota Kinabalu: Natural History Publications (Borneo). Sdn. Bhd.
6.    Tom Harrisson. 2007. World Within A Borneo Story. Kuala Lumpur: S.A. Majeed & Co Sdn. Bhd.
7.    Wendy Moore. 2005. This Is Malaysia. London: New Holland Publishers (U.K) Ltd.
Zurina Ismail. 1987. Sarawak Bumi Kenyalang. Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd


[1] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Edisi Kedua, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2006, hlm. 223.
[2] Zurina Ismail, Sarawak Bumi Kenyalang, Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., 1987, hlm. 3.
[3] Haji Buyong Adil, Sejarah Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981, hlm.3.
[4] Md. Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002, hlm.263.
[5] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Edisi Kedua, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2006, hlm.225.
[6] Md. Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002, hlm. 264.
[7] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Edisi Kedua, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2006, hlm.226.
[9] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia 1800-1963, Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2006, hlm.226.
[10] Zurina Ismail, Sarawak Bumi Kenyalang, Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn.    Bhd.,1987, hlm.15.
[11] Zurina Ismail, Sarawak Bumi Kenyalang, Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn.    Bhd.,1987, hlm.14.
[12] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia 1800-1963, Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2006, hlm.227.

Saturday, 17 December 2011

Celoteh kami

Membina laman web untuk subjek ICT bukan lah semudah yang kami sangkakan..kami mengambil masa berminggu-minggu untuk bersama-sama menyiapkan laman web kami. Web yang kami bina sangat slow untuk diakses..jadi kami sekumpulan telah bercadang untuk membuka blog ini untuk berkongsi maklumat nota-nota mengenai sejarah.:)

WHAT WE KNOW ABOUT HISTORY

Every things that we made yesterday is the history for today..."Banana can't fruit to time" this is what Pua Chu Kang said..hahhah...its true...The past never be the future...18 December 2011 could be the only 18 December 2011..can't be found in 2012. What we should do is...remember the past to be good for the future..